 |
|
|
| 1. |
Setiap pasukan boleh menyertai pertandingan ini di bawah mana mana kategori seperti berikut:
| a. |
Nyanyian (dengan iringan/ Acapella) |
| b. |
Kugiran (Pop/ Indie/ Akustik) |
| c. |
Permainan Alat Muzik |
| d. |
Tarian (Moden/ Kontemporari) |
| e. |
Tradisional (Nyanyian/ Alat Muzik/ Tarian) |
|
| 2. |
Pertandingan ini akan berlangsung dari 28 Februari 2011 sehingga 8 Mei 2011 dan sebarang perubahan tarikh (jika ada) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. |
| 3. |
Pertandingan ini terdiri daripada beberapa peringkat.
| a. |
Peringkat Uji Bakat |
| |
| i. |
Di setiap zon di mana sesi uji bakat dijalankan, 10 pasukan akan dipilih untuk memasuki peringkat Zon. |
| ii. |
Sebelum itu, latihan intensif menerusi bengkel DiGi Live Sekolahku Berbakat akan dijalankan sehari sebelum Peringkat Zon. |
| iii. |
Latihan-latihan termasuk tatahias diri, latihan vokal dan ‘teambuilding’/bina semangat akan dilaksanakan di tempat dan pada waktu yang akan ditentukan kemudian. |
| iv. |
Setiap ahli pasukan wajib menyertai bengkel ini. |
|
| b. |
Peringkat Zon (Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pahang) |
| |
| i. |
10 kumpulan yang terpilih akan bertanding pada peringkat ini dan setiap kumpulan akan menerima markah tersendiri, iaitu >80 Piala Emas; 60-80 piala Perak; 40-59 Piala Gangsa dan <40 Sijil Galakan. |
| ii. |
Dua pasukan yang menerima markah yang paling tinggi akan bertanding di peringkat Kebangsaan. |
|
| c. |
Peringkat Kebangsaan |
| |
| i. |
Setiap pasukan yang diterima di peringkat ini wajib menyertai kem bina semangat di tempat dan pada waktu yang akan ditentukan. |
| ii. |
Kem yang akan berlangsung 3 hari 2 malam ini akan melibatkan latihan intensif; sesi membina semangat, latihan dan kelas tatahias diri dan juga persembahan di khayalak orang ramai. |
| iii. |
Pada hari ke-3 kem ini, setiap pasukan perlu membuat persembahan mereka di depan juri dan hadiah bagi tempat pertama, kedua dan ketiga akan ditentukan. |
|
| |
|
 |
| |
|
| Keputusan juri dalam setiap peringkat adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan. |
| *terma & syarat |
|
|
| |
|
|